Kami syarikat pelancongan Islam berdaftar di bawah MOTAC (KPK/LN: 12006), ahli Bumitra Malaysia (BM 1062) dan PAPUH (PP 1190). Beroperasi di bawah Kumpulan Anas Naem, lebih 20,000 jemaah telah dilayan sejak 2011. Pejabat utama di Setia Alam, Shah Alam, cawangan di Bangi, Alor Setar, Terengganu, Salak Tinggi dan Melaka.

Pusat Bantuan Umrah 1448H
Jawapan lengkap tentang pakej Ajyad & Menara Jam, visa, hotel, ziarah, add-on dan pendaftaran, cari terus di bawah.
- 30
- Soalan dijawab
- 12
- Kategori topik
- < 24 Jam
- Maklum balas
Q & A
Semua Topik
30 soalan
Lesen kami boleh disemak terus di portal rasmi MOTAC. Kami berdaftar penuh sebagai operator umrah dan haji, bukan sekadar ejen biasa. Kalau ada keraguan, datang terus ke pejabat kami.
Untuk musim 1448H/2026–2027, ada dua pakej utama, keduanya 12 Hari 10 Malam termasuk ziarah Taif:
- Pakej Umrah Ajyad: sesuai untuk yang nak jimat tapi tetap selesa (penerbangan transit)
- Pakej Umrah Menara Jam: pengalaman premium, hotel rapat Kaabah, penerbangan terus
Penerbangan transit (Air Arabia @ setaraf). Hotel Makkah: Mira Ajyad @ setaraf (bintang 3, ±300m dari Masjidil Haram, 5 malam fullboard). Hotel Madinah: Maysan Rehab Al Mysk @ setaraf (bintang 3, ±100m dari Masjid Nabawi, 4 malam fullboard). Termasuk 1 malam di Taif.
| Jenis Bilik | Normal Season | Peak Season |
|---|---|---|
| Ber-4 | RM 7,990 | RM 9,490 |
| Ber-3 | RM 8,490 | RM 9,990 |
| Ber-2 | RM 8,990 | RM 10,490 |
Penerbangan terus (Malaysia Airlines / Saudia @ setaraf). Hotel Makkah: Movenpick / Pullman / Swissotel @ setaraf (bintang 4–5, ±50m dari Kaabah, 5 malam sarapan pagi). Hotel Madinah: Maysan Rehab Al Mysk / Elaf Al Taqwa / Taiba Hills @ setaraf (bintang 3, ±100m dari Masjid Nabawi, 5 malam fullboard).
| Jenis Bilik | Normal Season | Peak Season |
|---|---|---|
| Ber-4 | RM 10,590 | RM 13,490 |
| Ber-3 | RM 11,090 | RM 14,490 |
| Ber-2 | RM 12,390 | RM 15,990 |
| Perkara | Ajyad | Menara Jam |
|---|---|---|
| Penerbangan | Transit | Terus (tanpa singgah) |
| Hotel Makkah | Bintang 3, ±300m | Bintang 4–5, ±50m dari Kaabah |
| Hotel Madinah | ±100m dari Nabawi | ±100m dari Nabawi |
| Makan Makkah | Fullboard | Sarapan pagi |
| Makan Madinah | Fullboard | Fullboard |
| Ziarah Taif | ✓ Termasuk | ✓ Termasuk |
| Harga dari | RM 7,990 | RM 10,590 |
Hotel Menara Jam berada dalam kawasan Abraj Al Bait, jemaah boleh nampak Kaabah terus dari tingkat tertentu. Untuk yang nak keselesaan maksimum atau warga emas, ini pilihan terbaik.
| Pakej | Hotel Makkah | Jarak Haram | Hotel Madinah | Jarak Nabawi |
|---|---|---|---|---|
| Ajyad | Mira Ajyad @ setaraf | ±300m | Maysan Rehab Al Mysk @ setaraf | ±100m |
| Menara Jam | Movenpick/Pullman/Swissotel @ setaraf | ±50m | Maysan Rehab/Elaf Al Taqwa/Taiba Hills @ setaraf | ±100m |
Pakej Ajyad termasuk bermalam di Taif dengan hidangan Nasi Arab Taif. Pakej Menara Jam: ziarah Taif tetap ada, tapi tanpa bermalam.
| Pakej | Makkah | Madinah | Taif | Jumlah |
|---|---|---|---|---|
| Ajyad | 5 malam | 4 malam | 1 malam | 10 malam |
| Menara Jam | 5 malam | 5 malam | Tiada | 10 malam |
Pakej Ajyad: Fullboard di Makkah (3 kali sehari, Asean Buffet) dan Madinah (3 kali sehari).
Pakej Menara Jam: Sarapan pagi sahaja di Makkah (hotel bintang 4–5). Fullboard di Madinah. Jemaah boleh terokai pelbagai pilihan restoran di sekitar Makkah.
Kedua-dua pakej termasuk Nasi Arab Taif semasa ziarah.
Boleh. Tambahan Fullboard Makkah dengan harga SAR 1,500 setiap pax, tertakluk kepada ketersediaan hotel. Hubungi kami untuk pengesahan.
Biasanya 3 kali umrah seperti yang dinyatakan dalam pakej, bersama bimbingan Mutawwif dan Group Leader. Untuk umrah tambahan, jemaah boleh minta bantuan GL/Mutawwif, mereka akan pandu dari segi teknikal dan perjalanan.
Ya, ziarah Taif termasuk dalam kedua-dua pakej (minimum 20 pax). Pakej Ajyad termasuk bermalam 1 malam di Taif. Pakej Menara Jam: ziarah sahaja tanpa bermalam. Kalau nak join ziarah Taif last minute dari Saudi, kos tambahan SAR 200/pax.
Pakej termasuk ziarah di Makkah (Jabal Nur, Jabal Tsur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Masjid Hudaibiyah dan lain-lain) serta ziarah di Madinah (Masjid Nabawi, Raudhah, Masjid Quba, Masjid Qiblatayn, Jabal Uhud dan lain-lain). Taif juga termasuk.
Ada. Khidmat Mutawwif Khas untuk kumpulan persendirian (Makkah & Madinah) dengan harga RM 3,700. Sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang mahukan bimbingan eksklusif.
Pemegang Visa Umrah yang guna Visa Pelancong untuk trip seterusnya, dapat potongan RM 500 dari kos visa.
| Perkara | Visa Umrah (RM 900) | Visa Pelancong (RM 700) |
|---|---|---|
| Had Umur | 18 tahun ke atas | Tiada had umur |
| Mahram | Perlu dokumentasi lengkap | Kelonggaran syarat mahram |
| Tempahan Hotel | Diperlukan semasa permohonan | Tidak diperlukan |
| Kelebihan | Khusus untuk ibadah | Lebih fleksibel, lebih murah |
- Passport sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh penerbangan
- Gambar passport terbaru (latar putih)
- Borang pendaftaran dilengkapkan
- Dokumen mahram (jika berkaitan)
- Rekod vaksinasi (Meningococcal ACWY & Influenza digalakkan)
Had umur masuk Raudhah: 5 tahun ke atas. Sila maklumkan bilangan kanak-kanak semasa pendaftaran.
| Kategori | Umur | Harga / Potongan |
|---|---|---|
| Kanak-kanak Berkatil | 06–11 tahun | RM 600 TOLAK dari harga pakej (set bagasi tidak termasuk) |
| Kanak-kanak Tanpa Katil | 02–05 tahun | RM 2,000 TOLAK dari harga bilik double/triple/quad |
| Bayi | 0–1 tahun | RM 3,000 (kadar tetap) |
| Tambahan | Harga |
|---|---|
| Speed Train Haramain (Kelas Ekonomi) | RM 450/pax |
| Speed Train Haramain (Kelas Bisnes) | RM 800/pax |
| Speed Train (Kanak-kanak Ekonomi) | RM 355/pax |
| Haram View (Bilik Berdua/Bertiga sahaja) | RM 560/malam |
| Kaabah View (Bilik Berdua/Bertiga sahaja) | RM 700/malam |
| Fullboard Makkah (Menara Jam) | SAR 1,500/pax |
| Medical Card (50 tahun ke bawah) | RM 110/pax |
| Medical Card (51 tahun ke atas) | RM 160/pax |
| Set Bagasi (tambahan) | RM 250/set |
| Penghantaran Bagasi | RM 25/pax |
| Ziarah Taif dari Saudi (last minute) | SAR 200/pax |
Boleh. Tolak RM 3,500 dari harga pakej untuk pilihan tanpa flight. Jemaah urus sendiri penerbangan, kami uruskan hotel, visa, pengangkutan dan program.
Boleh, tertakluk kepada ketersediaan dan musim. Anggaran tambahan Business Class:
- Malaysia Airlines (MH): RM 3,500 – RM 6,000
- Saudia (SV): RM 4,000 – RM 9,000
Hubungi kami untuk semak harga semasa.
Sesuai untuk keluarga besar atau kumpulan yang mahukan kebebasan pergerakan sendiri.
| Kenderaan | Tanpa Ziarah | Termasuk Ziarah |
|---|---|---|
| GMC | RM 5,500/sebuah | RM 7,500/sebuah |
| Hiace | RM 4,000/sebuah | RM 5,500/sebuah |
- Tawaf & Saie: SAR 400 (upah tolak + sewa kerusi roda)
- Raudhah: SAR 250 (upah tolak sahaja)
Kad Perubatan tersedia sebagai tambahan: RM 110/pax untuk 50 tahun ke bawah, RM 160/pax untuk 51 tahun ke atas. Kami sangat menggalakkan semua jemaah mengambil perlindungan ini, terutama warga emas dan mereka dengan keadaan kesihatan tertentu.
Boleh. Kami ada program khas untuk jemaah dialisis. Kos pengurusan perjalanan (termasuk pengangkutan dan petugas di Makkah & Madinah) adalah RM 3,250.
Untuk rawatan dialisis:
- Hospital Kerajaan: PERCUMA untuk pemegang Visa Umrah
- Hospital Swasta (jika tempat hospital kerajaan penuh): SAR 500/sesi, biasanya 4 sesi = SAR 2,000
- Pemeriksaan kesihatan wajib: SAR 500
Jemaah perlu bersedia untuk dialisis di hospital swasta sekiranya tempat hospital kerajaan tidak mencukupi. Hubungi kami awal untuk urusan khas.
Ya. Kami menawarkan Pakej Haji Mujamalah, pilihan untuk yang ingin menunaikan haji tanpa menunggu giliran kuota biasa yang boleh mengambil masa berpuluh tahun. Hubungi kami untuk maklumat kuota semasa dan harga.
Ada. Kami kendalikan pakej percutian halal ke Turkiye, Korea, China, Eropah, Vietnam, Jepun, dan destinasi dalam Malaysia. Selain itu, kami juga sediakan Qurban, Air Zam-Zam asli, dan Kurma Ajwah Al-Aliyah.
Ada, dan ia PERCUMA untuk semua jemaah Binnaem. Kursus diadakan setiap bulan, merangkumi tata cara ibadah, panduan di Makkah & Madinah, cara guna aplikasi Nusuk, dan tips praktikal perjalanan. Jadual akan dihantar terus ke kumpulan jemaah selepas pendaftaran.
WhatsApp kami di 018-900 0291 / 018-900 0577 / 018-900 0578 / 018-900 0588, atau datang terus ke mana-mana cawangan kami. Kami akan bantu pilih pakej dan tarikh yang sesuai.
Boleh. Pendaftaran dibuat dengan deposit awal, bakinya boleh diselesaikan secara ansuran sebelum tarikh penerbangan. Hubungi kami untuk jadual bayaran yang sesuai.
Lebih awal lebih baik, terutama untuk Peak Season. Tempat terhad mengikut kapasiti penerbangan dan hotel. Kami sarankan daftar sekurang-kurangnya 2–3 bulan sebelum tarikh yang dikehendaki.
Masih ada soalan?
Pasukan Binnaem sedia membantu memilih pakej, tarikh berlepas dan urusan khas, kami balas dalam masa 24 jam pada hari bekerja.